:: Sheikh Hafiz Junior ::

Lilypie Premature Baby tickers

02 August 2012

Cintaku Milikmu - Bab Kedua


Cintaku Milikmu
Bab Kedua

Sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM dikeluarkan, Qaseh meminta pekerjaan sementara di sebuah butik pakaian di kawasan bandar. Manakala sahabat karibnya Suhaila tidak dibenarkan bekerja selain membantu ibunya di restoran keluarga mereka. Mereka berdua jarang bertemu kerana masing-masing sibuk dengan kerja. Setiap kali rasa kesunyian mereka akan berborak di telefon pada waktu malam.

Telefon rumah seringkali berdering dan apabila dijawab oleh ibu panggilan terus diputuskan. Qaseh tahu panggilan itu pasti dari Adam. Dia cuma mahu bercakap dengannya tapi tidak berani untuk berterus terang.

Jam menunjukkan 8:12 pm. Sedang leka Qaseh menonton tv, terdengar telefon berdering.
Trooot....Trooot....
Qaseh mencapai gagang dan terus menjawab panggilan tersebut.
"Hello..Assalamualaikum.."

"Hello..Waalaikumussalam..saya ni Adam. Qaseh sihat?" Adam memberanikan diri untuk bersuara apabila terdengar suara Qaseh menjawab panggilan.

"Owh..Adam..Alhamdulillah sihat. Kenapa telefon ni?"
"Saja, bertanyakan khabar. Dah lama tak dengar suara awak. Saya jadi rindu la." Adam buang jauh-jauh perasaan malunya. Dia tak mampu lagi berselindung dengan perasaannya terhadap Qaseh. Qaseh tersentak dengan kata-kata Adam. Dia terdiam seketika.

"Kenapa awak diam? maafkan saya jika kata-kata saya buat awak tak suka."
"Saya ada kerja nak dibuat. lain kali saja kita berborak ye. bye. Assalamualaikum." Qaseh terus meletakkan ganggang tanpa menunggu lama. Adam tidak sempat berkata apa-apa. Adam berasa kecil hati dengan tindakan Qaseh dan rasa mungkin salahnya terlalu cepat berterus terang. Tapi dihati kecilnya masih tidak berputus asa. Dia akan terus mencuba untuk menambat hati gadis yang dia idamkan ini. Sebenarnya dia tidak tahu Qaseh juga ada hati padanya. Dia cuma malu untuk memberi ruang kepada Adam kerana berasa dirinya masih muda untuk bercinta. Lagipun dia sentiasa ingat kata-kata ibunya yang berpesan supaya dia belajar bersungguh-sungguh untuk masa depan yang baik. Walaupun ibunya tidak pernah mengongkong kebebasan untuk berkawan, tapi dia sendiri sedar akan pergaulan bersama kawan lelaki tidak perlu terlalu rapat dan bebas kerana dia lihat ramai juga kawan-kawan sekolah yang terjebak dengan perkara yang tidak baik akibat dari pergaulan yang tidak terbatas. Dia bukanlah gadis sebegitu. Tidak hairanlah dia menjadi pilihan ramai lelaki di sekolah kerana perwatakan yang sangat baik. Semua guru di sekolah juga selalu menjadikan dia pelajar contoh kepada murid-murid di tingkatan lain.

Sejak dari hari itu, Adam tidak berani lagi untuk menghubungi Qaseh. Telefon yang selalu berdering pun tidak lagi didengari. Qaseh pula merasa dirinya bersalah membuat sebegitu terhadap Adam tempoh hari. Rasa mahu saja dia sendiri menelefon Adam dan meminta maaf. Tapi dia merasa takut untuk berbuat begitu. Dua minggu telah berlalu, namun Adam masih juga tidak menelefon Qaseh. Akhirnya, Qaseh memberanikan diri untuk mendail nombor telefon Adam yang pernah ditulis di dalam kertas dan diletakkan di bawah meja di sekolah. Sudah lama diberikan tapi dia cuma simpan di dalam kotak pensil miliknya.

Tut..tut..tut..tut..telefon tidak dijawab. Dia cuba mendail sekali lagi. Kali ini Adam menjawab.
"Hello..Assalamualaikum. Nak cakap dengan siapa?"
"Hello..Waalaikumussalam..Adam ada?" suara sayup-sayup dengan nada terketar-ketar.

Adam gembira apabila mendengar suara Qaseh yang menelefonnya. Dia sama sekali tidak menyangka Qaseh akan telefon pada hari ini. Seperti di tahu-tahu Adam teringat padanya.

"Saya rasa bersalah kerana bersikap kurang sopan terhadap awak. Maafkan saya." Kata Qaseh.

"Eh..awak tak salah. saya yang bersalah cakap benda yang awak tak suka. saya yang patut minta maaf pada awak. Tapi disebabkan awak yang rasa bersalah, saya akan denda awak."

"Denda..?? denda apa? " Qaseh terpinga-pinga.
"Awak kena jadi kekasih hati saya. Saya memang dah lama sukakan awak. Tapi saya tak berani nak suarakan pada awak."
"Hmmmm..Nanti la saya fikirkan dulu." Qaseh ketawa sinis.
"Awak mana boleh fikirkan. Awak kan didenda. Jadi awak mesti terima denda ni tau!!" Adam berkeras mahu Qaseh menjawab soalannya."
"Ye la. Saya terima asalkan awak dengan saya sama-sama sambung study dan kejar cita-cita. Saya tak mahu kita terlalu serius sampai mengabaikan pelajaran."
"Yahooooo...terima kasih awak. Saya bersyukur sangat. Lepas ni lagi bersemangat la saya belajar nanti nak kawin dengan awak." Adam ketawa kerana terlalu gembira.

Adam meletakkan ganggang dengan rasa gembira dan berbunga-bunga. Dia tidak sangka ini lah hari yang paling dia nantikan selama ini. Dia tak akan sia-siakan peluang yang diberi oleh Qaseh pada dirinya. Dia akan membuktikan dia lelaki yang baik dan dapat membahagiakan Qaseh.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...