:: Sheikh Hafiz Junior ::

Lilypie Premature Baby tickers

10 August 2012

Kad Raya Peganti Diri 2012


Ini lah kad raya yang aku buat untuk tahun ini..
bersama org tercinta..
memandangkan lepas raya kami akan disatukan..
moga segalanya dipermudahkan..




Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kawan-kawan..
mohon maaf dipinta..

09 August 2012

Iklan Cedih..


Aku baru je tengok iklan ni..memang sedih pun...
huhuhu...


Resepi yang Enak..Jamu Mata..


Wow..search makanan yang cedap untuk berbuka
dan resepi untuk raya..
bestnye masak-masak ni..nanti lepas kawin mmg ini
la keja nye..mencari resepi je untuk masak..

so..menu untuk raya ni..cedapnye...

Koat teow Kungfu


 Laksa Penang


 Rendang daging


Tauhu Terbalik goreng


Puding Trifle


Nyammmm...nyammmm...nyammm...
Cedapnye...!!!!

" Menghitung Hari, Masa dan Waktu "


As salam.. Wah..Pejam celik pejam celik dah
20 hari kita berpuasa..
sungguh cepat masa berlalu..
aku tak sabar untuk pulang ke kampung halaman..
hari raya tahun ni sangat bermakna..
balik cibuk buat persiapan untuk
hari paling bermakna dalam hidup aku..

Aku kini menghitung hari masa dan waktu
untuk bertukar status sebagai seorang isteri..bukan
mudah untuk aku pikul tanggujawab seorg isteri..banyak dugaan
dan cabaran yang akan aku tempuhi nanti..
moga Tuhan permudahkan segalanya..

24.08.2012 aku akan bergelar isteri kepada
insan yang bertahta di hati aku..
masa berlalu cukup cepat sehinggakan kami tak sedar
usia pertunangan sudah mencecah 8 bulan lebih..

Walimatulurus aku nanti tetap juga bulan November..
Mak dan Ayah aku mendapat rezeki untuk bertemu rumah Allah
menunaikan haji..dan mungkin akan bertolak pada prtengahan September..
tarikh sebenar masih lagi tidak diketahui..
kerana tabung Haji masih belum menghantar surat..

Aku sangat berharap agar Mak dan Ayah pergi
menunaikan haji dengan sempurna dan selamat pulang ke tanah air..
aku di sini akan sentiasa menanti kepulangan mereka..

Mudah-mudahan Allah memberkati segalanya..
dan memudahkan segala yang akan dilakukan..aku
mengharapkan kesempurnaan dari illahi..
insyaAllah..

02 August 2012

Cintaku Milikmu - Bab Kedua


Cintaku Milikmu
Bab Kedua

Sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM dikeluarkan, Qaseh meminta pekerjaan sementara di sebuah butik pakaian di kawasan bandar. Manakala sahabat karibnya Suhaila tidak dibenarkan bekerja selain membantu ibunya di restoran keluarga mereka. Mereka berdua jarang bertemu kerana masing-masing sibuk dengan kerja. Setiap kali rasa kesunyian mereka akan berborak di telefon pada waktu malam.

Telefon rumah seringkali berdering dan apabila dijawab oleh ibu panggilan terus diputuskan. Qaseh tahu panggilan itu pasti dari Adam. Dia cuma mahu bercakap dengannya tapi tidak berani untuk berterus terang.

Jam menunjukkan 8:12 pm. Sedang leka Qaseh menonton tv, terdengar telefon berdering.
Trooot....Trooot....
Qaseh mencapai gagang dan terus menjawab panggilan tersebut.
"Hello..Assalamualaikum.."

"Hello..Waalaikumussalam..saya ni Adam. Qaseh sihat?" Adam memberanikan diri untuk bersuara apabila terdengar suara Qaseh menjawab panggilan.

"Owh..Adam..Alhamdulillah sihat. Kenapa telefon ni?"
"Saja, bertanyakan khabar. Dah lama tak dengar suara awak. Saya jadi rindu la." Adam buang jauh-jauh perasaan malunya. Dia tak mampu lagi berselindung dengan perasaannya terhadap Qaseh. Qaseh tersentak dengan kata-kata Adam. Dia terdiam seketika.

"Kenapa awak diam? maafkan saya jika kata-kata saya buat awak tak suka."
"Saya ada kerja nak dibuat. lain kali saja kita berborak ye. bye. Assalamualaikum." Qaseh terus meletakkan ganggang tanpa menunggu lama. Adam tidak sempat berkata apa-apa. Adam berasa kecil hati dengan tindakan Qaseh dan rasa mungkin salahnya terlalu cepat berterus terang. Tapi dihati kecilnya masih tidak berputus asa. Dia akan terus mencuba untuk menambat hati gadis yang dia idamkan ini. Sebenarnya dia tidak tahu Qaseh juga ada hati padanya. Dia cuma malu untuk memberi ruang kepada Adam kerana berasa dirinya masih muda untuk bercinta. Lagipun dia sentiasa ingat kata-kata ibunya yang berpesan supaya dia belajar bersungguh-sungguh untuk masa depan yang baik. Walaupun ibunya tidak pernah mengongkong kebebasan untuk berkawan, tapi dia sendiri sedar akan pergaulan bersama kawan lelaki tidak perlu terlalu rapat dan bebas kerana dia lihat ramai juga kawan-kawan sekolah yang terjebak dengan perkara yang tidak baik akibat dari pergaulan yang tidak terbatas. Dia bukanlah gadis sebegitu. Tidak hairanlah dia menjadi pilihan ramai lelaki di sekolah kerana perwatakan yang sangat baik. Semua guru di sekolah juga selalu menjadikan dia pelajar contoh kepada murid-murid di tingkatan lain.

Sejak dari hari itu, Adam tidak berani lagi untuk menghubungi Qaseh. Telefon yang selalu berdering pun tidak lagi didengari. Qaseh pula merasa dirinya bersalah membuat sebegitu terhadap Adam tempoh hari. Rasa mahu saja dia sendiri menelefon Adam dan meminta maaf. Tapi dia merasa takut untuk berbuat begitu. Dua minggu telah berlalu, namun Adam masih juga tidak menelefon Qaseh. Akhirnya, Qaseh memberanikan diri untuk mendail nombor telefon Adam yang pernah ditulis di dalam kertas dan diletakkan di bawah meja di sekolah. Sudah lama diberikan tapi dia cuma simpan di dalam kotak pensil miliknya.

Tut..tut..tut..tut..telefon tidak dijawab. Dia cuba mendail sekali lagi. Kali ini Adam menjawab.
"Hello..Assalamualaikum. Nak cakap dengan siapa?"
"Hello..Waalaikumussalam..Adam ada?" suara sayup-sayup dengan nada terketar-ketar.

Adam gembira apabila mendengar suara Qaseh yang menelefonnya. Dia sama sekali tidak menyangka Qaseh akan telefon pada hari ini. Seperti di tahu-tahu Adam teringat padanya.

"Saya rasa bersalah kerana bersikap kurang sopan terhadap awak. Maafkan saya." Kata Qaseh.

"Eh..awak tak salah. saya yang bersalah cakap benda yang awak tak suka. saya yang patut minta maaf pada awak. Tapi disebabkan awak yang rasa bersalah, saya akan denda awak."

"Denda..?? denda apa? " Qaseh terpinga-pinga.
"Awak kena jadi kekasih hati saya. Saya memang dah lama sukakan awak. Tapi saya tak berani nak suarakan pada awak."
"Hmmmm..Nanti la saya fikirkan dulu." Qaseh ketawa sinis.
"Awak mana boleh fikirkan. Awak kan didenda. Jadi awak mesti terima denda ni tau!!" Adam berkeras mahu Qaseh menjawab soalannya."
"Ye la. Saya terima asalkan awak dengan saya sama-sama sambung study dan kejar cita-cita. Saya tak mahu kita terlalu serius sampai mengabaikan pelajaran."
"Yahooooo...terima kasih awak. Saya bersyukur sangat. Lepas ni lagi bersemangat la saya belajar nanti nak kawin dengan awak." Adam ketawa kerana terlalu gembira.

Adam meletakkan ganggang dengan rasa gembira dan berbunga-bunga. Dia tidak sangka ini lah hari yang paling dia nantikan selama ini. Dia tak akan sia-siakan peluang yang diberi oleh Qaseh pada dirinya. Dia akan membuktikan dia lelaki yang baik dan dapat membahagiakan Qaseh.

Bersambung...

Cintaku Milikmu - Bab Pertama




Cintaku Milikmu
Bab Pertama

Hari persekolan berakhir pada hari ini. Semua murid bersalaman bersama warden-warden yang selama ini
menjaga asrama puteri bagi pelajar perempuan dan begitu juga warden di asrama putera bagi pelajar lelaki.
Adam bersama rakan baiknya Zack, Fahmi dan Zaidi berpelukan sambil masing-masing berasa sayu dengan
perpisahan ini.

"korang semua jangan lupakan aku ye." kata adam.
"tak mungkin aku akan lupakan. terlalu banyak kenangan kita di sini." Fahmi berkata dengan nada yang sayu.

Teringatkan kenangan semasa di denda berjalan itik ke surau kerana lewat bangun subuh, memotong rumput menggunakan gunting di padang bola dan tidak dapat makan sehari kerana ditangkap membawa handphone ke asrama. Kenangan yang terlalu banyak jika di imbaukan kembali pasti ketawa terbahak-bahak.

Zack dan Zaidi tak mampu untuk berkata apa-apa lagi. kerana perasaan hiba dan sayu sedang kuat mengoncang hati mereka berdua. kalau nak menangis malu la. jatuh lah maruah sebagai geng hensem dan nakal di sekolah. selesai bersalaman mereka pun bergerak keluar dari pagar asrama lelaki. Adam terpaku seketika di pintu keluar kerana tidak sangka bertembung dengan gadis ayu yang selama ini bertahta di hatinya Qaseh Syafiqa binti Qhaliff Hamdan. Dia berjalan keluar dari aspuri bersama ibu dan ayahnya,

"Assalamualaikum pakcik, makcik." Adam menyapa memberi salam.

Kelihatan Qaseh melemparkan senyuman kepada Adam dan tertunduk malu. Meruntun jiwa Adam kerana melihat gadis yang tersipu-sipu malu dan sangat manis bertudung.

"Waalaikumussalam warahmatullah." Jawab ibu dan ayah Qaseh.

Mereka kemudian terus berjalan menuju ke kereta. Qaseh sempat berpaling melihat Adam dan melemparkan senyuman sebelum berlalu pergi. Harap kita akan berjumpa lagi Qaseh. Hati kecil Adam berkata-kata.

Seorang demi seorang pulang ke rumah masing-masing. Selepas 3 bulan nanti mereka akan berkumpul semula untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM dan kemudian semuanya akan melalui kehidupan selepas persekolahan. Guru-guru di sekolah sangat berharap agar semua pelajar dapat keputusan yang cemerlang dan dapat menyambung pelajaran di Universiti.


Bersambung.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...