:: Sheikh Hafiz Junior ::

Lilypie Premature Baby tickers

04 September 2012

:: Cinta Selamanya ::


Aku share sedikit picture yang di snap di luar
selepas Majlis Ijabkabul..








:: Aku Terima Nikahnya ::


Alhamdulillah....24 Ogos 2012 lebih kurang jam 2.45 pm
aku dan bobo selamat diijabkabulkan...
aku bergelar seorang isteri dengan sekali lafaz..

Semoga tuhan memanjangkan jodoh kami..
dan bahgiakan kami berdua hingga ke akhir hayat..

Aku bersyukur kepada tuhan dengan kurniaan yang telah
Dia berikan kepada kami berdua..
jadi Majlis Resepsi akan berlangsung
pada bulan 11..




aku share dua gambar di waktu debaran memuncak..
di saat ini, terasa jantung sangat berdebar2 untuk
memikul tanggungjawab sebagai Suami Isteri...

Alhamdulilah..Doakan majlis kami nanti sempurna
juga ibu dan ayah pergi dan pulang dari 
mengerjakan haji dengan selamat...
Aminn.....


10 August 2012

Kad Raya Peganti Diri 2012


Ini lah kad raya yang aku buat untuk tahun ini..
bersama org tercinta..
memandangkan lepas raya kami akan disatukan..
moga segalanya dipermudahkan..




Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kawan-kawan..
mohon maaf dipinta..

09 August 2012

Iklan Cedih..


Aku baru je tengok iklan ni..memang sedih pun...
huhuhu...


Resepi yang Enak..Jamu Mata..


Wow..search makanan yang cedap untuk berbuka
dan resepi untuk raya..
bestnye masak-masak ni..nanti lepas kawin mmg ini
la keja nye..mencari resepi je untuk masak..

so..menu untuk raya ni..cedapnye...

Koat teow Kungfu


 Laksa Penang


 Rendang daging


Tauhu Terbalik goreng


Puding Trifle


Nyammmm...nyammmm...nyammm...
Cedapnye...!!!!

" Menghitung Hari, Masa dan Waktu "


As salam.. Wah..Pejam celik pejam celik dah
20 hari kita berpuasa..
sungguh cepat masa berlalu..
aku tak sabar untuk pulang ke kampung halaman..
hari raya tahun ni sangat bermakna..
balik cibuk buat persiapan untuk
hari paling bermakna dalam hidup aku..

Aku kini menghitung hari masa dan waktu
untuk bertukar status sebagai seorang isteri..bukan
mudah untuk aku pikul tanggujawab seorg isteri..banyak dugaan
dan cabaran yang akan aku tempuhi nanti..
moga Tuhan permudahkan segalanya..

24.08.2012 aku akan bergelar isteri kepada
insan yang bertahta di hati aku..
masa berlalu cukup cepat sehinggakan kami tak sedar
usia pertunangan sudah mencecah 8 bulan lebih..

Walimatulurus aku nanti tetap juga bulan November..
Mak dan Ayah aku mendapat rezeki untuk bertemu rumah Allah
menunaikan haji..dan mungkin akan bertolak pada prtengahan September..
tarikh sebenar masih lagi tidak diketahui..
kerana tabung Haji masih belum menghantar surat..

Aku sangat berharap agar Mak dan Ayah pergi
menunaikan haji dengan sempurna dan selamat pulang ke tanah air..
aku di sini akan sentiasa menanti kepulangan mereka..

Mudah-mudahan Allah memberkati segalanya..
dan memudahkan segala yang akan dilakukan..aku
mengharapkan kesempurnaan dari illahi..
insyaAllah..

02 August 2012

Cintaku Milikmu - Bab Kedua


Cintaku Milikmu
Bab Kedua

Sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM dikeluarkan, Qaseh meminta pekerjaan sementara di sebuah butik pakaian di kawasan bandar. Manakala sahabat karibnya Suhaila tidak dibenarkan bekerja selain membantu ibunya di restoran keluarga mereka. Mereka berdua jarang bertemu kerana masing-masing sibuk dengan kerja. Setiap kali rasa kesunyian mereka akan berborak di telefon pada waktu malam.

Telefon rumah seringkali berdering dan apabila dijawab oleh ibu panggilan terus diputuskan. Qaseh tahu panggilan itu pasti dari Adam. Dia cuma mahu bercakap dengannya tapi tidak berani untuk berterus terang.

Jam menunjukkan 8:12 pm. Sedang leka Qaseh menonton tv, terdengar telefon berdering.
Trooot....Trooot....
Qaseh mencapai gagang dan terus menjawab panggilan tersebut.
"Hello..Assalamualaikum.."

"Hello..Waalaikumussalam..saya ni Adam. Qaseh sihat?" Adam memberanikan diri untuk bersuara apabila terdengar suara Qaseh menjawab panggilan.

"Owh..Adam..Alhamdulillah sihat. Kenapa telefon ni?"
"Saja, bertanyakan khabar. Dah lama tak dengar suara awak. Saya jadi rindu la." Adam buang jauh-jauh perasaan malunya. Dia tak mampu lagi berselindung dengan perasaannya terhadap Qaseh. Qaseh tersentak dengan kata-kata Adam. Dia terdiam seketika.

"Kenapa awak diam? maafkan saya jika kata-kata saya buat awak tak suka."
"Saya ada kerja nak dibuat. lain kali saja kita berborak ye. bye. Assalamualaikum." Qaseh terus meletakkan ganggang tanpa menunggu lama. Adam tidak sempat berkata apa-apa. Adam berasa kecil hati dengan tindakan Qaseh dan rasa mungkin salahnya terlalu cepat berterus terang. Tapi dihati kecilnya masih tidak berputus asa. Dia akan terus mencuba untuk menambat hati gadis yang dia idamkan ini. Sebenarnya dia tidak tahu Qaseh juga ada hati padanya. Dia cuma malu untuk memberi ruang kepada Adam kerana berasa dirinya masih muda untuk bercinta. Lagipun dia sentiasa ingat kata-kata ibunya yang berpesan supaya dia belajar bersungguh-sungguh untuk masa depan yang baik. Walaupun ibunya tidak pernah mengongkong kebebasan untuk berkawan, tapi dia sendiri sedar akan pergaulan bersama kawan lelaki tidak perlu terlalu rapat dan bebas kerana dia lihat ramai juga kawan-kawan sekolah yang terjebak dengan perkara yang tidak baik akibat dari pergaulan yang tidak terbatas. Dia bukanlah gadis sebegitu. Tidak hairanlah dia menjadi pilihan ramai lelaki di sekolah kerana perwatakan yang sangat baik. Semua guru di sekolah juga selalu menjadikan dia pelajar contoh kepada murid-murid di tingkatan lain.

Sejak dari hari itu, Adam tidak berani lagi untuk menghubungi Qaseh. Telefon yang selalu berdering pun tidak lagi didengari. Qaseh pula merasa dirinya bersalah membuat sebegitu terhadap Adam tempoh hari. Rasa mahu saja dia sendiri menelefon Adam dan meminta maaf. Tapi dia merasa takut untuk berbuat begitu. Dua minggu telah berlalu, namun Adam masih juga tidak menelefon Qaseh. Akhirnya, Qaseh memberanikan diri untuk mendail nombor telefon Adam yang pernah ditulis di dalam kertas dan diletakkan di bawah meja di sekolah. Sudah lama diberikan tapi dia cuma simpan di dalam kotak pensil miliknya.

Tut..tut..tut..tut..telefon tidak dijawab. Dia cuba mendail sekali lagi. Kali ini Adam menjawab.
"Hello..Assalamualaikum. Nak cakap dengan siapa?"
"Hello..Waalaikumussalam..Adam ada?" suara sayup-sayup dengan nada terketar-ketar.

Adam gembira apabila mendengar suara Qaseh yang menelefonnya. Dia sama sekali tidak menyangka Qaseh akan telefon pada hari ini. Seperti di tahu-tahu Adam teringat padanya.

"Saya rasa bersalah kerana bersikap kurang sopan terhadap awak. Maafkan saya." Kata Qaseh.

"Eh..awak tak salah. saya yang bersalah cakap benda yang awak tak suka. saya yang patut minta maaf pada awak. Tapi disebabkan awak yang rasa bersalah, saya akan denda awak."

"Denda..?? denda apa? " Qaseh terpinga-pinga.
"Awak kena jadi kekasih hati saya. Saya memang dah lama sukakan awak. Tapi saya tak berani nak suarakan pada awak."
"Hmmmm..Nanti la saya fikirkan dulu." Qaseh ketawa sinis.
"Awak mana boleh fikirkan. Awak kan didenda. Jadi awak mesti terima denda ni tau!!" Adam berkeras mahu Qaseh menjawab soalannya."
"Ye la. Saya terima asalkan awak dengan saya sama-sama sambung study dan kejar cita-cita. Saya tak mahu kita terlalu serius sampai mengabaikan pelajaran."
"Yahooooo...terima kasih awak. Saya bersyukur sangat. Lepas ni lagi bersemangat la saya belajar nanti nak kawin dengan awak." Adam ketawa kerana terlalu gembira.

Adam meletakkan ganggang dengan rasa gembira dan berbunga-bunga. Dia tidak sangka ini lah hari yang paling dia nantikan selama ini. Dia tak akan sia-siakan peluang yang diberi oleh Qaseh pada dirinya. Dia akan membuktikan dia lelaki yang baik dan dapat membahagiakan Qaseh.

Bersambung...

Cintaku Milikmu - Bab Pertama




Cintaku Milikmu
Bab Pertama

Hari persekolan berakhir pada hari ini. Semua murid bersalaman bersama warden-warden yang selama ini
menjaga asrama puteri bagi pelajar perempuan dan begitu juga warden di asrama putera bagi pelajar lelaki.
Adam bersama rakan baiknya Zack, Fahmi dan Zaidi berpelukan sambil masing-masing berasa sayu dengan
perpisahan ini.

"korang semua jangan lupakan aku ye." kata adam.
"tak mungkin aku akan lupakan. terlalu banyak kenangan kita di sini." Fahmi berkata dengan nada yang sayu.

Teringatkan kenangan semasa di denda berjalan itik ke surau kerana lewat bangun subuh, memotong rumput menggunakan gunting di padang bola dan tidak dapat makan sehari kerana ditangkap membawa handphone ke asrama. Kenangan yang terlalu banyak jika di imbaukan kembali pasti ketawa terbahak-bahak.

Zack dan Zaidi tak mampu untuk berkata apa-apa lagi. kerana perasaan hiba dan sayu sedang kuat mengoncang hati mereka berdua. kalau nak menangis malu la. jatuh lah maruah sebagai geng hensem dan nakal di sekolah. selesai bersalaman mereka pun bergerak keluar dari pagar asrama lelaki. Adam terpaku seketika di pintu keluar kerana tidak sangka bertembung dengan gadis ayu yang selama ini bertahta di hatinya Qaseh Syafiqa binti Qhaliff Hamdan. Dia berjalan keluar dari aspuri bersama ibu dan ayahnya,

"Assalamualaikum pakcik, makcik." Adam menyapa memberi salam.

Kelihatan Qaseh melemparkan senyuman kepada Adam dan tertunduk malu. Meruntun jiwa Adam kerana melihat gadis yang tersipu-sipu malu dan sangat manis bertudung.

"Waalaikumussalam warahmatullah." Jawab ibu dan ayah Qaseh.

Mereka kemudian terus berjalan menuju ke kereta. Qaseh sempat berpaling melihat Adam dan melemparkan senyuman sebelum berlalu pergi. Harap kita akan berjumpa lagi Qaseh. Hati kecil Adam berkata-kata.

Seorang demi seorang pulang ke rumah masing-masing. Selepas 3 bulan nanti mereka akan berkumpul semula untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM dan kemudian semuanya akan melalui kehidupan selepas persekolahan. Guru-guru di sekolah sangat berharap agar semua pelajar dapat keputusan yang cemerlang dan dapat menyambung pelajaran di Universiti.


Bersambung.....

05 July 2012

Lagu - Sempena 2nd Year Love Anniversary



Butterfly OST_Melly Goeslow feat Andhika Pratama


Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

reff:
Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
that previous messed up touching me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua

Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu



26 June 2012

Tema is Everything..!!

Assalamualaikum...
setelah sekian lamanya aku tidak mengupdate blog ni..
akhirnya harini aku terasa ingin update..
kenapa!!

Tadi aku sengaja search org punya blog..
search punya search trjumpa satu blog yang dikenali sebagai
owh kenangan pahit..kerana ada kaitan diantara dia..
jadi aku sgt terkejut apabila buka blog dia tema yg dia gunakan sama
seperti aku..pink polkadot..
owh...sgt mengejutkan..

hmmmm...biarla..anyway dia mgkin ada kesamaan minat ngn aku..
biar je la kn...aku malas nk amik tahu..tp
tetap jugak terambil tahu..
akhirnya dorg berkahwin dulunya dari aku..
aku skrg baru dlm persediaan kawin..
dorg dh selesai majlis perkahwinan..
semoga dorg bahgia je la hingga ke akhir hayat..
mgkin org tu bkn jodoh aku kerana aku dh ada jodoh
yang jauh lebih baik dari dia...

Alhamdulilah..aku bersyukur dikurniakan org yg aku ada skrg..
kerana dia segalanya bagi aku..
it's perfect to me..

ok..ok..neway, nk bertukar topik kepada tema..
Tema is Everything..
so, tema yang dh dipilih oleh aku masa BIG Day nnt...
Putih, Pink, Silver, Purple...
banyak kan..hehehehe~ tu belah pmpuan la...aku xnak kesamaan sgt..
so, hasilnya akan aku nantikan nnt..
mudah-mudahan semua akan berjalan dengan lancar..
Aminnnnn~

contoh-contohnye aku selalu tengok-tengok org punya..
nnt aku akan buat sndiri..semua masih dalam pelaksanaan....


warna bilik yang cantik sangat...


baju yang cantik sgt..frendz fotografi kt my FB..
tp cari baju camni xjumpa sbb susah sgt nk baju cmni...huhuhu~
terpksa abaikan...


nice kan hantaran ni..aku akan create sndiri nnt...waaaahhh...
xsbrnye nk beli barang2...


pelamin cmni mahal sgt...n cantik sgt2...aku xdpt fully cmni..
dapat la lebih kurang..harap2 dorg akan wt cntik2 utk aku nnt...Aminnn~


aku xsure lg nak amik kek ke x sbb kawan aku ada
ckp nk sponsor kek..
so..Alhamdulilahhhhhh~


That All by today...dh time lunch..
today aku puasa so aku nk menidurkan diri sekejap...
tata~

08 February 2012

Drama Yang Di Layan Habis..!!

Assalamualaikum..hai korang..
chit..mcm la ramai sgt follower..uwaaaaaaa~
tak pe lah..no hal punya lah...layan jepp..
dah lama jugak aku tak mengupdatekan diri di dalam blog ni..
kemalasan melanda diri dan kecibukan jugak melanda diriku..
hmmmmmm!!!

neway, hari ni aku just nk share drama2 yang aku duk follow
Ya Rabbi..bleh dikatakan tak bleh nak tinggalkan langsung la..
asyik nak tengok je..

ni la drama-drama nye..

 selasa malam kul 9 je aku dah tercongok kat depan TV..
tp sangat la geram sbb dia setiap selasa je..
memang perit nk tggu setiap minggu..



oh..yang ni bukan..ni cedap di makan jer...hehehe~





ni pulak setiap hari isnin - khamis..kadang2 jumaat pun aku
tercongok gak..pastu baru tingat..dh tersilap tggu..
tersilap hari..huhuhu~
this week dh nak habis dh cite ni..
aku rasa macam penah baca novel ni dulu..
tapi aku tak ingat sangat la..
dah lama sangat..dah banyak lupa..
tapi aku tak sabar nk tengok cite Bicara Hati..
sebab tu novel kegemaran aku..
bleh dikatakan berkali-kali baca novel tu..tak penah jemu pun..


Tingin macam nak create novel jugak..haha~
macam la jiwang sangat aku ni..


Note : Credit to TV3 kerana Drama-drama yang ditayangkan sempena
Maulidur Rasul jugak sangat menarik..dan banyak unsur-unsur yang
dapat meninsafkan umat islam yang menonton..


02 January 2012

Jalan-jalan New Year Babe..!!


Eh korang semua gi ke celebrate New Year??
2012 now..
aku tak pergi pun..tengok bunga api dari tingkat atas umah aku je..
sebab masa tu ada la pergaduhan ckit ngn My Bobo..
gaduh2 manja gitu..biasa la..dah habis orang celebrate baru la
nak nyesal tak gi tengok bunga api..
menyesal dah tak guna nyah..hehe~

weekend yang cuti pnjang ni..3 hari ofcoz la rasa macam
panjang la jugak kn..hehe~
hmmm..aku gi Mall baru kt TTDI jaya..
Space U8..nice place..cantik bila malam..bercahaya dengan
lampu warna warni bergemerlapan gitu..



kedai banyak yang tak buka lagi..mungkin dalam proses..
ada la beberapa kedai yang dh buka..
kebetulan ada Festival Pengantin 2011 kt sana..
aku ngn My Bobo pn pusing2 la..jamu mata melihat design2 baju
dan pelamin yang ada..






disebabkan survey2 baju pengantin kat citu..terjadi
satu perbalahan kerana berlainan pendapat..dan bermacam2 benda
yang tidak serasi bersama..hmmm~
sangat lah cedih..biarkan je la..diamkan je la..

tiket wayang dh beli..tapi muka dah monyok2..
tak pe la..tengok je la..




naik tingkat 3..naik lif je cepat..lif dia ada fountains
sepanjang kita di dalam lif..nampak di
bahagian tepi..menarik juga..tak de lagi before ni mcm ni kat memana..
(no picture sbb aku tak sempat nk snap)


aku tengok cite ni..

best sangat2 cite ni..rugi wey sapa tak gi
tengok..action dia mmg mantap sangat..
pasti berpuas hati..
aku bagi korang layan trailer dia tengok..mesti
korang akan cepat2 nak gi tempah tiket..

 


yang tak bestnye apa tau tak..tiket wayang dia tak komersial
langsung..macam resit pembelian je..siyes..aku
pun pelik jugak..tak sangka begitu..
diharap akan di upgrade suatu hari nanti..hehe~
(no picture again..nak korang bayangkan sndri)

disebabkan kes gaduh yang tadi tu kan..
masam muka je dalam wayang..
At last, dia mengalah juga..pegang tangan aku
tanda mohon maaf..pasal kes gaduh tadi..
tengoklah wayang dengan penuh kusyuk and sangat best..

Balik kitorang gi makan kat Restoran Opah..
memandangkan Restoran Aimar tutup harini..tak dapat la merasa
char koay teow yang di kata kan sangatlah cedap..

aku makan koay teow kerang je kat Restoran Opah..

By the way, keesokan harinya..lepas bangun dari
aku tertido petang..
My Bobo call ajak kuar gi jejalan ngan kakak and abg iparnya..
katanya dorang nak belanja..
last2 tengok dorang pun gi Space U8 jugak..hehe~
dah jadi for second time la aku gi sana..
kitorang tengok wayang cite lucu..





ni ha korang layan trailer dia..


cite ni best gila siot..walaupun ada jugak part lawak
yang melampau..yang buatkan aku malu ngan
My Bobo and abg iparnya..
tapi kitorang layan je..tergelak terbahak-bahak..
hilang segala tensen sehhh!!! hehe~

and yang paling bestnye..
balik aku dibelanja makan di Restoran Aimar
sudah makan la saya char koay teow itu..
ya..memang cedap..tak dinafikan lagi..
cuma tak bleh lawan penang piau char koay teow la..
hehe~ tak cukup sepinggan..
ikutkan hati nak lagi 2 pinggan..
opsssssss!!! makan ke mentekedarah tu...

New Year yang best..sebab rasanya dah berbulan2 tak
tengok wayang..yang penting azam tahun baru...
yeayyyyyy!!!!!


Berbentuk Judi ~ Money Drop games show


Assalamualaikum u all semua..
korang semua ada tengok tak games show di Astro..
RM1,000,000 Money Drop..

kalau korang tak tengok pun mesti korang akan ada terselit2
iklan pasal games show ni kn..
bagi pendapat aku game ni sangat2 lah kelihatan jelas
berbentuk judi..aku tak pasti la korang yang lain semua bersetuju or tak..








tapi apa yang pasti game ni tak sama dengan game yang lain
before ni..jelas2 menaruhkan duit untuk bermain..
dan ramai orang islam juga yang masuk game ni..

aku tidak setuju untuk game ni..
jangan terlalu mengikutkan barat smpai kita tidak dapat menilai
apa yang jelas di situ..
Wallahulam..


Biadap!! Kepala Babi Di Masjid..


aku terkejut sangat pasal ni semalam bila tengok berita..

9 kepala babi ditemui di hadapan pintu masuk
Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya,
Johor Bharu.

utk lebih jelas lihat blog ini (Peribumiperkasa) adalah lebih terperinci..




rupanya before ni pernah terjadi juga..di petaling jaya
dan kawasan kuala lumpur..
sangatlah menggemparkan..kejadian seperti ini tidak sepatutnya
berlaku..kerana umat islam menghormati agama yang lain..
kenapa perlu agama lain menghina agama islam..

kejadian masih di siasat..masih tidak dapat dikenal pasti
dari mana datangnya sumber kejadian berlaku..

bagi aku ini adalah satu penghinaan..!!



P/S : Semoga orang yang terlibat dengan perbuatan ini akan mendapat
balasan yang setimpal dan akan menyesal satu hari nanti..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...